Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita
itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih
hati.”
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan
Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah
aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau,
dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”
Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang
merisaukanmu ?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku
sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak
yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku
bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata
pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah
menyembelih kambing ?” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?” Lalu
disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala,
lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan
ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba
bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya
periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis
melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”
Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?” Wanita itu menjawab, “Tiada
seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh
melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda.
Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan
terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat
ganti yakni sia-sia belaka.”
Demikianlah cerita di atas, satu cerita
yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh
agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada
Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam
firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:” Tidak ada balasan bagi
hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian
ia sabar, melainkan syurga baginya.”
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,:” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”
Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan
orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan
memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi
segala musibah.
Melayukini.net - Ya,
kita adakalanya tidak dapat menahan sabar tentang sesuatu perkara.
Namun sebagai manusia dan hamba Allah, sekurang-kurangnya kita perlu
mencuba untuk menjadi insan yang tergolong dalam orang yang sentiasa
bersabar. Elakkan dari mengeluh dalam membuat sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment